EN MUHAMAD SHARULNIZAM MOHD RONI
En. Sharul merupakan seorang Perunding Perhubungan Perusahaan di MEF dan merupakan salah seorang pembimbing bertauliah (certified trainer) di bawah HRD Corp. (Trainer ID: 13182).
Beliau merupakan lulusan ijazah sarjana muda undang-undang (LL.B) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seorang pengamal undang-undang berdasarkan kerjayanya. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di 2 firma guaman, iaitu Tetuan Zul Rafique & Partners di Kuala Lumpur dan Tetuan Rosli Ismail & Co. di Pulau Pinang, khusus dalam amalan litigasi am, perburuhan dan perhubungan Perusahaan sebelum menyertai MEF.
Beliau berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes buruh dan perhubungan perusahaan di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan mewakili pihak majikan daripada pelbagai latar belakang, antaranya kes melibatkan tuntutan pembuangan kerja secara tidak adil disebabkan salahlaku, antaranya gangguan seksual dan buli di tempat kerja, konflik berkepentingan dan sebagainya, prestasi kerja yang lemah serta tuntutan pembuangan kerja secara konstruktif. Beliau juga aktif dalam menasihati pihak majikan dalam menjalankan prosedur tatatertib dan mengendalikan tindakan disiplin ke atas pekerja, dan juga dalam penstrukturan korporat yang melibatkan pekerja seperti skim pemisahan secara sukarela (VSS), skim pemisahan secara bersama (MSS) dan penamatan perkhidmatan. Di MEF, beliau bertanggungjawab untuk memberikan khidmat menerusi rundingan, representasi mahkamah serta mengendalikan sesi ceramah dan latihan kepada pihak majikan berkenaan hal ehwal perhubungan perusahaan.