|
|
|
|
|
|
MEF ACADEMY
3A06-3A07, Block A,
Phileo Damansara II,
No. 15 Jalan 16/11, Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Tel: 603-7498 7200
|
|
|
|
|
|
|
[JB] PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN UNDANG-UNDANG PEKERJAAN DoubleTree (by Hilton), Johor Bahru, Johor
18-19 November 2024 (9.00 AM – 5.00 PM) |
Download Registration Form
| | | Yuran Kursus RM 1, 400 (termasuk SST) RM 1, 250 pendaftaran awal sebelum 4 Nov 2024 | | | ENCIK VIGNESH K VELAYUTHAN, Perunding Latihan Akademi Persekutan Majikan-Majikan Malaysia (MEF Academy), adalah seorang jurulatih yang dinamik dan berorientasikan hasil dengan 25 tahun pengalaman dalam Sayarikat Multinasional (MNC) dan hospitaliti. Beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas yang diperolehi semasa bekerja di pelbagai negara seperti Singapura, Indonesia, Switzerland dan UK. Beliau merupakan seorang yang mempunyai Kemahiran berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan projek dan latihan dalam industry pembuatan dan hospitaliti. Berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (B.Econs) dan Pasca Siswazah Pengurusan Hospitaliti (PGD) dari Hotel Institute Montreux (HIM), Switzerland, beliau adalah pemegang Sijil Certified International Procurement Profesional (CIPP-AIBFM) dan Jurulatih Profesional berdaftar/bertauliah dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDC), Kementerian Sumber Manusia. Beliau telah mengendalikan latihan untuk semua peringkat pekerja dari penyelia hingga ke pengurus di Syarikat Multinasional serta di Perusahaan Kecil dan Sederhana. Dengan pengalaman kerja yang luas dalam pelbagai industri , beliau telah menguasai banyak bidang seperti Pengurusan Sumber Manusia (HRM), hubungan pekerja, kepimpinan, dan pengukuhan pasukan (Team Building). DR. DZULZALANI EDEN, Pengarah – Akademi Persekutan Majikan-Majikan Malaysia (MEF Academy) dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang perhubungan Perusahaan dan Perburuhan memulakan kerjayanya pada tahun 1990 dengan Kementerian Sumber Manusia, di mana beliau memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pegawai Tenaga Kerja, Pegawai Perhubungan Perusahan, Penolong Pengarah Kanan Tenaga Kerja di Jabatan Tenaga Kerja Sarawak serta di Bahagian Dasar di Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya. Pada tahun 2014, beliau menyertai Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai Pensyarah Kanan dalam bidang Hubungan Industri dan Perburuhan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Beliau telah mengajar kursus seperti undang-undang Perhubungan Perusahaan dan Perburuhan, Perundingan dan Pengurusan Konflik di tempat kerja dan Pengurusan Sumber Manusia. Beliau juga pernah mengajar undang-undang perhubungan Perusahaan dan Perburuhan di Universiti Malaysia Sabah. Seorang profesional yang berwibawa dengan kelulusan doktor falsafah dalam Perhubungan Perusahaan dan Pengurusan Sumber Manusia dari Victoria University, Melbourne, beliau juga merupakan Jurulatih Profesional berdaftar/bertauliah dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDC), Kementerian Sumber Manusia. |
|
|
| | Objektif utama kursus ini adalah untuk memastikan peserta memahami peranan asas dan tanggungjawab seorang Pegawai Sumber Manusia di sebuah syarikat. Peserta akan diberikan pendedahan berkaitan kaedah dan amalan terbaik sebagai seorang pegawai sumber Manusia merangkumi perkara seperti proses pengambilan dan pemilihan calon, penyediaan dan pengendalian iklan jawatan, proses temuduga, serta melaksanakan program orientasi pekerja baharu. Di samping itu, kursus ini akan mendedahkan peserta kepada peruntukan-peruntukan penting yang terdapat dalam undang-undang pekerjaan seperti Akta Kerja 1955 termasuk pindaan terkini serta peruntukan utama dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967. | | | Hari Pertama Module 1: Memahami Sumber Manusia Module 2: Pengambilan Dan Pemilihan Sumber Manusia Module 3: Onboarding (Orientasi pekerja Baharu) Module 4: Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia Module 5: Pengendalian Prestasi Kerja (Performance Appraisal)
Hari Kedua Akta Kerja 1955 dan Peraturan • Skop Perundangan Pekerjaan, Definisi Terma • Kontrak Pekerjaan, Panamatan Kontrak & Faedah Penamatan • Anggapan bagi siapakah Pekerja dan Majikan
Penamatan Kerja Di Bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 • Prinsipal, Kontraktor, Subkontraktor dan Kontraktor Buruh • Pembayaran Gaji, Pinjaman dan Potongan Gaji • Kehamilan dan Bersalin • Hari Rehat, TempohMasa Kerja, Hari Kelepasan • Cuti Rehat, Cuti Sakit, dan Lain-lain Syarat Pekerjaan • Perkiraan Kerja Fleksibel • Diskriminasi Dalam Pekerjaan, Ganguan Seksual dan Buruh Paksa
*Sila tekan dan rujuk risalah untuk lebih lanjut.
| | | • Pegawai Sumber Manusia Baru di Lantik • Pegawai Syarikat/Organisasi Yang Belum Pernah Terlibat dalam Pengurusan Sumber Manusia/Perundangan Perburuhan • Pemilik/Pengurus Syarikat Kecil & Sederhana | | | • Ceramah • Perbincangan Secara Berkumpulan • Pembentangan • Aktiviti Interaktif Secara Atas Talian | |
Scheme
| SBL |
Fee
| RM 1, 400 |
Duration
| 14 Hours |
Members Less
| |
|
|
|
|
|
This course will also be conducted at the following dates/venues
|
|
| 26-27 November 2024 (9.00 AM – 5.00 PM) | Grand Alora Hotel, Alor Setar, Kedah | more details
>>
| | | | |
|
|
There are currently no events scheduled for other dates or venues.
|
|
|
|
|
|
|
|
|