Vision & Mission
Upcoming Events
Training Programs
 
Industrial Relations
HR Management
& Development
Occupational Safety
& Health
Business Management
ICT
Certification &
Academic Courses
SWINBURNE
Certified Programs
UNIMAS
Certified Programs
In-house Courses
PSMB Scheme
Academy Staff
Contact Us
 
Training Directory 2024
 
MEF ACADEMY
3A06-3A07, Block A,
Phileo Damansara II,
No. 15 Jalan 16/11, Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: 603-7498 7200

 
 
Upcoming Trainings & Events
 
[Melaka] Memahami Akta Kerja - Employment (Amendment) Act 2022 [Act A1651]HILTON HOTEL MELAKA 17 Julai 2024 (9.00 AM – 5.00 PM)
Download Registration Form
 
Yuran Kursus
RM 1,000 (termasuk SST)
 
OBJEKTIF
Mengetahui secara mendalam kehendak undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 supaya dapat diapliasikan dengan sebetulnya dalam memenuhi tuntutan perundangan Pekerjaan masa kini.
• Mengetahui secara mendalam hal-hal mengenai hak dan obligasi majikan/pekerja
• Mengetahui secara mendalam kehendak undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.
• Lebih prihatin ketika mengambil pekerja baik dari segi tawaran termaterma di bawah akta ini.
• Mempengaruhi orang lain dengan aspek-aspek akta dalam pentadbiran harian pekerja/syarikat.
• Memudahkan proses melaksanakan faedah-faedah, larangan yang termaktub dalam akta.
• Memahami pindaan terbaru Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022
 
SIAPA PERLU HADIR
Semua yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia (pengurusan pekerja) terutama mereka yang di Bahagian Sumber Manusia atau Bahagian Pentadbiran Pejabat atau Bahagian Kewangan seperti: Pengarah / Pengurus / Penyelia / Eksekutif / Kerani
 
KANDUNGAN KURSUS
• Pengenalan Kepada Akta Kerja 1955
• Definisi Pindaan
• Perlindungan Bersalin
• Cuti Paterniti
• Cuti Sakit
• Waktu Bekerja
• Pengiraan Gaji Bagi Bulan Bekerja Yang Tidak Lengkap
• Pembayaran Gaji
• Penggajian Pekerja Asing
• Penggajian Wanita
• Notis Berkaitan Gangguan Seksual
• Penalti Am
• Aturan Kerja Fleksibel
• Diskriminasi Dalam Pekerjaan
• Buruh Paksa
 
*Sila rujuk risalah untuk lebih lanjut
 
Trainer
En. Muhammad Zulfadlee Thye Bin Abdullah (Zul Thye) adalah seorang IR Consultant yang berkhidmat di Persekutuan Majikan Majikan Malaysia Cawangan Melaka. Jawatan terakhir beliau sebelum ini adalah Penyelaras Unit Kominikasi/IR di Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM).
Mempunyai pengalaman yang luas di dalam aktiviti dan gerakan kesatuan pekerja di Malaysia selama 24 tahun. Beliau pernah menjadi Presiden di Kesatuan Pekerja-Pekerja Infineon Technologies Melaka selama 11 tahun sehingga pada tahun 2016 dan juga menjadi Biro Perhubungan Perusahaan di Malaysian Trades Union Congress (MTUC).
Pernah berkhidmat di MTUC sebagai Pegawai Perhubungan Perusahaan yang banyak mengendalikan kes-kes pekerja di Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Mahkamah Buruh dan juga di Mahkamah Perusahaan.
Semasa dalam perkhidmatan beliau di MTUC, beliau juga adalah Penyelaras Projek untuk kerjasama dua hala bersama International Labour Organization (ILO) Asia Pasifik, Bangkok dan Solidarity Center USA. En. Zul Thye banyak mewakili negara dalam pelbagai forum, persidangan dan seminar di peringkat nasional dan antarabangsa. Pernah menjelajah ke hampir 12 negara untuk berkongsi pengalaman di dalam gerakan kesatuan sekerja dan situasi pekerjaan di Malaysia.
 
This course will also be conducted at the following dates/venues
 
There are currently no events scheduled for other dates or venues.