Vision & Mission
Upcoming Events
Training Programs
 
Industrial Relations
HR Management
& Development
Occupational Safety
& Health
Business Management
ICT
Certification &
Academic Courses
SWINBURNE
Certified Programs
UNIMAS
Certified Programs
In-house Courses
PSMB Scheme
Academy Staff
Contact Us
 
Training Directory 2024
 
MEF ACADEMY
3A06-3A07, Block A,
Phileo Damansara II,
No. 15 Jalan 16/11, Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: 603-7498 7200

 
 
Upcoming Trainings & Events
 
(MC) Memahami Akta Kerja Online Learning – Microsoft Teams / ZOOM 13 Februari 2023 (9.00 AM – 5.00 PM)
Download Registration Form
 
Course Fee
RM 700 (Termasuk SST) seorang
 
OBJEKTIF
Akta Kerja 1955 adalah merupakan perundangan Utama yang mengawal selia hubungan majikan dan perkerja di sektor swasta. Akta ini memperuntukkan terma-terma minima kepada pekerja serta tanggungjawab majikan. Kursus ini akan membincangkan pindaan-pindaan Utama yang telah mula berkuat kuasa pada 1.1.2023. Di akhir kursus ini peserta akan berkebolehan untuk memahami dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta sejajar dengan pindaan terkini.
 
SIAPA PERLU HADIR
• Pengurus & eksekutif sumber manusia
• Pegawai perjawatan/pegurusan
• Penyelia
 
KANDUNGAN KURSUS
• Definisi terma-terma
• Jadual Pertama - Skop Akta
• Anggapan Pekerja dan Majikan
• Kontrak Perkhidmatan vs. Kontrak untuk Perkhidmatan
• Perantisan
• Waktu Kerja Normal
• Pengiraan ORP
• Pembayaran Gaji
• Cuti Sakit dan Hospitalisasi
• PenggajianWanita, Perlindungan Bersalin dan Cuti Paterniti
• Aturan Kerja Fleksibal (FWA)
• Diskiriminasi Dalam Pekerjaan
• Larangan Buruh Paksa
• Ganguan Seksual
 
*For more information, please click and refer to the brochure.
 
Trainer
Dr Dzulzalani Eden ialah Perunding Kanan-Perhubungan Perusahaan dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam bidang perburuhan dan perhubungan perusahaan. Sebelum menyertai Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1990 di Kementerian Sumber Manusia dan pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Inspektor Buruh, Pegawai Kanan Buruh merangkap Pegawai Perhubungan Perusahaan dan Penolong Pengarah Kanan Buruh di Jabatan Tenaga Kerja. Sarawak serta di pejabat Kementerian di Putrajaya. Tugas utama semasa memegang jawatan-jawatan ini termasuk penguatkuasaan undang-undang buruh melalui pemeriksaan di tempat pekerjaan, rundingan damai dan pendengaran kes buruh dan kes pembuangan kerja, khidmat nasihat berkaitan perundangan perburuhan dan sesi libat urus bersama pemegang taruh. Pada tahun 2014 beliau menyertai Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai Pensyarah Kanan, Program Hubungan Industri dan Perburuhan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kursus-kursus yang beliau kendalikan termasuk undang-undang buruh dan perhubungan perusahaan, kaedah perundingan dan kesatuan sekerja. Beliau juga pernah mengajar hubungan industri dan undangundang buruh di Univeristi Malaysia Sabah. Seorang profesional yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam perhubungan perusahaan dan pengurusan sumber manusia daripada Victoria University, Melbourne, beliau juga merupakan jurulatih bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDC), Kementerian Sumber Manusia.
 
EN MUHAMAD SHARULNIZAM MOHD RONI merupakan Perunding Perhubungan Perusahaan di MEF. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dengan Kepujian daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebelum berkhidmat dengan MEF, beliau merupakan seorang peguamcara dan peguambela di Tetuan Zul Rafique & Partners di Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Undang-Undang Buruh dan di Tetuan Rosli Ismail & Co, mengendalikan kes-kes litigasi umum, termasuk kes-kes di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan. En. Sharul mempunyai pengalaman mewakili syarikat-syarikat daripada pelbagai latar belakang dalam kes-kes melibatkan tuntutan pembuangan kerja secara tidak adil disebabkan salahlaku seperti gangguan seksual dan buli di tempat kerja, kecurian, konflik berkepentingan dan banyak lagi. Di MEF, beliau bertanggungjawab untuk memberikan konsultasi kepada syarikat-syarikat ahli dalam isu-isu berkaitan hubungan perusahaan dan undang-undang buruh serta mewakili syarikat-syarikat ahli di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan.
 
This course will also be conducted at the following dates/venues
 
There are currently no events scheduled for other dates or venues.