Vision & Mission
Upcoming Events
MEFA Monthly Calendar
Training Programs
 
Industrial Relations
HR Management
& Development
Occupational Safety
& Health
Business Management
ICT
Certification &
Academic Courses
SWINBURNE
Certified Programs
UNIMAS
Certified Programs
In-house Courses
PSMB Scheme
Academy Staff
Contact Us
 
Training Directory 2024
 
MEF ACADEMY
3A06-3A07, Block A,
Phileo Damansara II,
No. 15 Jalan 16/11, Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel: 603-7498 7200

 
 
Upcoming Trainings & Events
 
Panduan Praktikal Untuk Pengurus Sumber Manusia Tentang Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKTA 4)Eastin Hotel, PJ 26 Oktober 2023 (9.00 AM – 5.00 PM)
Download Registration Form
 
Course Fee
RM 980 (inclusive SST) per participant
 
Banyak pengamal sumber manusia (HR/IR) mempunyai pemahaman yang terhad tentang undang-undang dan amalan mengenai Undang-Undang Keselamatan Sosial, khususnya Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). Kursus ini akan memberikan pemahaman yang lebih baik tentang kelayakan faedah, pengiraan faedah, prosedur tuntutan, dan proses-prosesnya.
Program ini hanya akan memberi tumpuan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan direka untuk memberikan pendekatan praktikal kepada pengamal sumber manusia untuk menguruskan sebarang tuntutan atau pertikaian SOCSO pekerja.
 
Hasil Pembelajaran
Peserta akan memperolehi pengetahuan tentang:
1. Definisi Keselamatan Sosial, prinsip dan kepentingannya
2. Definisi gaji dan perbezaan dengan undang–undang yang lain
3. Mengenalpasti faedah daripada beberapa skim di Bawah AKTA 4
4. Bagaimana cara memohon faedah untuk pekerja yang cedera atau sakit 
5. Proses pengiraan untuk Faedah-faedah di Bawah Akta 4
6. Tanggungjawab Majikan di Bawah AKTA 4
7. Tribunal pertikaian untuk rayuan dan beberapa inisiatif untuk majikan dan pekerja
 
Rangka kursus
1. Apa dia definasi Keselamatan Sosial?
   Apa yang wujud di bawah Keselamatan Sosial di Malaysia.
   Konsep dan prinsip Keselamatan Sosial
2. Definisi “Gaji” di bawah AKTA 4
3. Faedah yang terdapat di bawah AKTA 4.
    Skim- skim dan Faedah faedah untuk pekerja tempatan dan pekerja Asing
4. Penerangan bagaimana untuk membuat tuntutan dari PERKESO untuk pekerja di bawah skim Bencana Pekerjaan dan pengiraannya.
5. Tuntutan untuk Skim Ilat dan cara pengiraannya
6. Tanggungjawab Majikan
7. Tribunal Pertikaian untuk rayuan dan beberapa inisiatif untuk pekerja dan majikan
 
*Untuk lebih lanjut, sila rujuk risalah.
 
Trainer
Datin Azlaily Abd Rahman, Saya adalah seorang pengajar atau Trainer yang mempunyai motivasi tinggi dengan minat yang mendalam tentang topik komunikasi, perlindungan keselamatan sosial dan juga perundangan yang berkaitan dengan pekerjaan. Mempunyai pengalaman lebih daripada 33 tahun dan kini telah menamatkan kerjaya secara sepenuh masa.
Memiliki Sarjana Muda Undang-Undang LLB(Hons) dari Universiti Malaya. Menjadi peguambela dan peguamcara sebelum bertugas di Jabatan Peguam Negara selama 12 tahun. Kemudian pada 2001 hingga 2021 saya telah berkhidmat dengan PERKESO dan telah memegang perbagai jawatan sehingga jawatan Timbalan Ketua Eksekutif (Korporat). Mendapat beberapa persijilan daripada Harvard University Business School on Senior Leadership Management, Persijilan daripada Said Business School, University of Oxford – Transforming Women Leadership Programme, Certificate of Accreditation in Prosci’s Change Management, Balance Score Card Professional Certification dan lain lain persijilan di dalam negara. Paling terbaharu adalah HRDCorp Train The Trainer Certification.
Sentiasa bersemangat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman telah menyebabkan saya mahu terus aktif dalam bidang Latihan dan juga bersukan untuk kesihatan fizikal dan mental.
 
This course will also be conducted at the following dates/venues
 
There are currently no events scheduled for other dates or venues.