Member Login

  User ID
  Password
 
Forgot Password
   

MEF Academy Events
 04[Sabah-Sarawak] HR & IR FOR BEGINNERS4-5 July 2024; 18-19 July 2024; 29-30 July 2024; 8-9 Aug 2024; 26-27 Aug 2024
 04BEHAVIORAL BASED INTERVIEWING SKILLS4-5 July 2024 (9.00 AM – 5.00 PM)
 06[ONLINE] HRD Corp Train the Trainer 6, 7, 13, 14, 20 July 2024 (9am – 5pm)
 08Business Communication Series: Online Presentation Skills 8 July 2024 (8.30 AM – 5.00 PM)
 09Business Communication Series: Presentation Skills (Intermediate Level) 9-10 July 2024 (8.30 AM – 5.00 PM)
 09[Peninsular] HR & IR FOR BEGINNERS9-10 July 2024; 22-23 July 2024; 12-13 Aug 2024 (8.30 AM – 5.00 PM)
 09[BATU PAHAT] HR FOR BEGINNERS9-10 July 2024 (9.00 AM – 5.00 PM)
 09[Face to Face] Harness the power of AI for HR 9-10 July 2024 (9.00 AM – 5.00 PM)
 10[IT] Power BI Desktop Essential Skills 10-11 July 2024 (9.00 AM – 5.00 PM)
 10[IT] Microsoft Excel Functions & Formulas 10-11 July 2024 (9.00 AM – 5.00 PM)
 10[PJ] UNDERSTANDING LABOUR LAWS 10-11 July 2024 (9.00 AM – 5.00 PM)
 11[Sibu] GET IT RIGHT - Mastering the Application of Labour Ordinance (Sarawak Chap. 76) & The Rules11-12 July 2024 (8.30 AM – 5.00 PM)
 

MEF Press Release

MEF: Talentcorp perlu dikekalkan untuk memacu penyediaan modal insan negara berkemahiran tinggiWednesday, 4 January 2023
  
 

​PETALING JAYA: Talent Corp yang telah ditubuhkan pada 2011 di bawah Kementerian Sumber Manusia, bertujuan untuk menarik rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi yang bekerja di luar negara untuk kembali dan bekerja di Malaysia. Dianggarkan lebih dari 1.7 juta rakyat Malaysia bekerja diluar nrgara. Melalui ‘Returning Expert Programme” (REP) kira kira 5,774 rakyat Malysia dibawa pulang untuk bekerja diMalaysia . Ada sesetengah pihak berpendapat usaha TalentCorp dibawah REP tidak membawa hasil yang diharapkan dan mendesak TalentCorp di tutup.

Presiden MEF Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman P.J.N., J.P. berkata “MEF berpendapat adalah tidak wajar untuk menutup Talent Corp hanya kerana ianya tidak membawa lebih ramai rakyat Malaysia yang berkemahiran dan bekerja diluar negara kembali dibawah REP. Adalah tidak mudah untuk menarik pekerja Malaysia berkemahiran tinggi pulang ke Malaysia. Walau bagaimana pun isu utama bukanlah tertumpu kepada membawa mereka pulang tetapi lebih kepada samada mereka boleh dikekalkan bekerja di Malaysia. Ini bergantung banyak kepada kerajaan untuk menyediakan program yang bersesuaian untuk mengalakkan mereka terus bekerja di Malaysia dan memberi mereka peluang untuk memajukan kerjaya mereka.”
 
“Pada ketika ini bila TalentCorp membawa mereka kembali ke Malaysia di bawah REP, persekitaran kerja yang sedia ada tidak memberi motivasi kepada mereka sebagaimana yang mereka alami semasa bekerja diluar negara. Persekitaran kerja sedia ada di kebanyakan syarikat terlalu rigid dan tidak begitu fleksible untuk membolehkan mereka berinovasi dan memajukan kerjaya mereka. Berbagai isu yang dilihat sebagai kekangan terutamanya yang melibatkan skim upah danpeluang kenaikan pangkat . Isu yang dilihat kritikal adalah tidak ada kebebasan untuk bekerja dalam budaya yang kreatif.
 
Sokongan dalam aspek teknologi terkini yang diperlukan seperti IT dan perisian, AI dan sistem sistem IT terkini masih berkurangan dan ini membuatkan ramai diakalangan REP merasa kecewa dan tidak berpuas hati. Adalah tidak adil untuk semua kepincangan ini semua ini di bebankan keatas Talent Corp. Lebih banyak penambah baikan boleh dilakukan untuk membantu Talent Corp dan penutupan bukanlah suatu jalan penyelesaian.”
 
“Talent Corp tidak boleh melakukan usaha menarik mereka yang berkemahiran bekerja diluar negara pulang ke Malaysia tanpa sokongan dan bantuan pemegang taruh lain. Untuk berjaya melakukan mandat yang diberi adalah pnting untuk diujudkan kerangka sistem sokongan yang sewajrnya. Penghijrahan pekerja mahir ke luar negara selalunya di dorong oleh keperluan keluarga. Pekerja mahir yang berhijrah sentiasa mengambil kira keperluan kehidupan berkualiti keluarga dan pelajaran anak anak dalam memburu impian kehidupan yang lebih berkualiti dan bahagia”.
 
“Secara amnya apa yang di kecapi dinegara dimana mereka berhijrah tidak boleh didapati sepenuhnya di Malaysia. DiMalaysia banyak sekatan dikenakan tehadap kebebasan untuk mengamalkan sesuatu perkara dan nilai-nilai berkaitan. Dinegara dimana pekerja berkemahiran Malaysia berhijrah kebanyakannya mengamalkan ‘peraturan perundangan ’ sepenuhnya dan hak hak mereka di lindungi oleh undang undang Keseimbangan kerja dan kehidupan juga amat perlu dan ini tidak begitu di tekankan di Malaysia. Kebanyakan majikan di Malysia juga tidak mampu untuk meningkatkan faedah faedah yang diberikan dibawah terma perkhidmatan.”
 
“Suatu rangka kerja yang lebih komprehensif dan menyeluruh adalah diperlukan untuk memastikan bakat bakat yang dibawa pulang melalui REP diberi cukup peralatan dan suasana kerja yang sesuai untuk mereka bekerja dengan baik dan menyumbang kearah pembangunan negara. Mereka tidak seharusnya dikecewakan yang akhirnya akan membuatkan mereka meniggalkan negara. Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar perlu memberi perhatian khusus kepada bakat yang dibawa pulang dibawah REP akan terus berada di Malaysia untuk bersama sama membangunkan negara.” tambah Datuk Dr. Syed Hussain Ramai mengenali TalentCorp melalui REP sahaja. Selain dari REP TalentCorp juga berfungsi untuk menjalankan aktiviti aktiviti berkaitan penjanaan bakat muda di Malaysia melalui program program berikut : 

(a) Bekerjasama dengan universiti-universiti untuk memperkenalkan program ‘Nurturing Expert Talent’ (NEXT) di kalangan mahasiswa
(b) Mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan ASEAN dan sektor swasta untuk menggalakkan mobiliti modal insan melalui program ‘MyAPEC YouthConnect’ dan ‘MyASEAN Internship’
(c) Berkolobarasi dengan JPA untuk memastikan negara mendapat pulangan pelaburan pemegang biasiswa kerajaan melalui program ‘Scholarship Talent Attraction and Retention’ (STAR)  

Pada bulan Ogos 2022 Talent Corp telah melancarkan portal mynext untuk melahirkan modal insan berpengetahuan, berkualiti dan berkemahiran tinggi. Usaha ini adalah selaras dengan selaras dengan perubahan keadaan ekonomi dan pasaran pekerjaan semasa. Portal mynext memberi faedah kepada graduan, pekerja, syarikat dan institusi pendidikan.Portal mynext meningkatkan ketersediaan dan kebolehpasaran graduan dan mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran pasaran kerja yang lebih kompetitf. Kebolehpasaran graduan memainkan peranan penting untuk memastikan mereka berkualiti dan berkeupayaan untuk memenuhi keperluan sebagai seorang pekerja yang diperlukan oleh pihak industri.
 
“Pembangunan terancang modal insan muda (berusia antara 15 dan 24 tahun) yang merangkumi 17.9 peratus daripada tenaga kerja Malaysia adalah amat penting untuk memenuhi permintaan tenaga mahir semasa. Adalah penting bagi negara memupuk bakat muda negara dengan baik untuk memenuhi permintaan kemahiran kritikal dalam sektor-sektor ekonomi utama dan peranan ini hendaklah diteruskan melalui Talent Corp Negara memerlukan sebuah badan seperti Talent Corp untuk menguruskan keperluan tenaga mahir dan bakat muda negara supaya keperluan pasaran kerja semasa dan akan datang sentiasa terpelihara dan terjamin. Apa juga kekurangan yang ujud di Talent Corp boleh dikemaskini dan diperbaiki.”
 
“MEF percaya Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar lebih banyak idea idea bernas dan sumber sumber tambahan boleh disalurkan ke TalentCorp untuk menjadikannya lebih berkesan.”
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat MEF di 03-7955-7778 atau fax 03- 7955-9008 atau email mef-hq@mef.org.my.
 
4 January 2023
 
 
Tags/Keywords
MEF President,  skilled worker,  Returning Expert Programme (REP)
 
/Side Banners/Membership-with-a-Click.jpg
/Side Banners/TalentCorp_170x55.jpg
/Side Banners/KWSP_170x104.jpg
/Side Banners/ace_170x153.jpg
/Side Banners/cape_170x50.jpg
/Side Banners/ioe_170x95.jpg
/Side Banners/ilo_170x90.jpg

   ©  Copyright 2024 Malaysian Employers Federation  |  All Rights Reserved.